Tuesday, December 1, 2015

STUPIDO IMPIANA ~6~

Abang Milo, abang Milo..

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku dan Rin memang tengah buat muka tak habis percaya. Angin tak ada, ribut tak ada. Tahu-tahu sahaja muncul. Rin taip SMS kat aku yang sedang duduk kat sebelah dia, "Jah, betul-betulkan ni? Bukan cobaan, kan?" Aku yang kat sebelah Rin ni tak adalah ikut cara dia, berbalas SMS pulak. Terus aje aku cubit peha Rin. Dekat sangatkan? Dan itulah jawapannya. 

"Sakit?" perlahan suara aku tanya Rin.

Rin cebik. Tahu sakit, kan? Jadi ini bukan mimpi.

Tak tahulah nak start cerita dari mana. Aku sendiri pun tak tahu hujung pangkal. Kami sama-sama balik dari conference. Baik punya bercerita pengalaman masing-masing kat tempat orang dan berdebat isu yang di'present'kan kat conference masing-masing. Sekali Rin dapat mesej dari tunang kata nak jumpa di hujung minggu.

Rin ni kononnya nak ajak aku buat teman dan nak perkenalkan sekalilah buah hati pengarang jantung dia tu. Apa ayat dia, "Temanlah. Mana tahu kau jumpa jodoh pulak kat sana. Sempat lagi dan completekan SI kau tu."

Aku tanya, "Jodoh dengan siapa? Tunang kau? Nak bermadu ke?" Aku dah angkat-angkat kening.

"Kut kau tak takut Perang Dunia Ketiga, boleh je nak cuba."

"Amboi, kata best friend!"

"Tang lain boleh. Tang ni tak boleh!"

Poligami? Halal.
Silakanlah.
Tapi Nabi berpoligami pun selepas kewafatan Siti Khadijah.
Nak guna alasan ikut sunnah Nabi lagi?
Itu kata Rin,lah. Maknanya dia nak kata dia bagi aje suaminya kahwin dua tiga empat tapi tunggu dia masuk kubur dululah!
Aku diam terus. Kalah.

Aku tak kata nak teman pun sebab hari hujung minggu adalah hari yang paling bermakna buatku. Cewah! Hari tu sahajalah boleh bersilat kat dapur. Aku tengah belajar buat cupcakes ni. Kalau sukses, ehem ehem.. ayatnya sampai situ sahajalah ya. Jadi, hari Sabtu biasanya ada kelas baking, hari Ahad praktis kat rumah.

Dah tiba-tiba hari Sabtu muncul. Memang tidak ada sebarang kelas baking yang aku daftar, jadi memang free sangat minggu tu. Jam 10 pagi, Rin ketuk pintu bilik. Dia buka pintu sendiri, duduk kat katil aku, angkat novel yang sedang meniarap atas muka aku, kemudian dengan selamba cekadaknya, "Siap cepat." Arahan. Aku ulang, arahan.

"Jangan buat muka. Siap cepat."

Ala Rin ni. Malas sungguh. Disebabkan pernah hutang Rin satu perkara, jadi aku gagahkan jua badan yang malas nak keluar ni bersiap. Rin ayu sungguh hari tu. Alah Rin tu, pakai apa pun ayu aje aku tengok. Dia  memang cantik alam. Itu istilah yang aku bagi pada Rin. Jangan tak tahu, Rin ni crush aku yang infiniti. Disebabkan dia yang cantik alam tu pakai baju yang ladies sangat hari tu, aku gagahkan juga untuk tukar pakaian...

....seluar trek jalur kuning, tshirt Chiang Mai lengan pendek yang Rin hadiahkan, sweater UTM sanjungan bangsa, last sekali ingat nak pakai tudung style ikat itik aje....

"Pakai yang ni." Rin dah hulur pakaian aku yang agak-agak matching dengan dia.

Punah taktik aku tak nak keluar.

"Jangan jangan jangan terfikir nak guna taktik kuno kau lagi tu ya." Kali ni Rin letak tudung aku yang paling mahal.

"Ala Rin.. ni pakaian aku nak pergi meeting."

"Kita nak gi meetinglah ni." Rin dah belek handbag aku pulak!

Korang tak sewel ke dapat housemate macam ni? 
Jadi madu baru tau. Aku dah gelak jahat dalam hati.

Itu cerita persiapan kami di rumah. Bila sampai di tempat yang dijanjikan, sungguhlah aku dan Rin tak bersiap apa-apa pun. Sebabnya?

Abang Milo.

"Rin dengan Khadijah kenal ke kawan saya ni?" tunang Rin dah mula siasat.

Aku pandang Rin, Rin pandang aku.

"Diorang ni customer aku dulu, bro," dia dah mula buka mulut dan jawab soalan kawan dia sendiri.

Dah tak tahu nak duduk macam mana lagi. Serba tak kena jadinya. Meja berkerusi empat di Secret Resepi tu aku rasa macam sempit aje. Tak cukup nafas dibuatnya. Aku duk sebelah Rin. Abang Milo duk sebelah tunang Rin. Rin berhadapan dengan tunang dia. Korang rasa aku duk mana?

"Aaaa!"

Okey, itu adalah jeritan spontan aku lepas kaki aku kena sepak dengan kaki orang yang kat depan. Rin dengan tunang dia dah mula pandang aku pelik.

"Sorry tak sengaja." Orang depan dah mula main wayang.

Sabar, Khadijah.

Tadi sebelum tunang Rin dan kawannya sampai, kami dah order siap-siap makanan yang diorang pesan. Memanglah favouriteku makan kat situ tambah-tambah dah dress lawa-lawa macam ni. Tapi bila tahu kawan tunang Rin siapa, lepas kena sepak dengan dia, tahap appetite aku dah turun separuh. Dan sekarang bila waiter dah letak makanan depan aku (agak-agak boleh masuk lagi ni..), Abang Milo tanya,

"Kenapa tak tinggal jejak?"

Okay, tahap appetite aku zero terus.

No comments: