Tuesday, April 28, 2015

STUPIDO IMPIANA ~4~



Entah kenapa serba tak kena dibuatnya. Mata masih terbuka luas walaupun jam di dinding sudah menunjukkan angka 2. 2 pagi Jah oi, tak mengantuk lagi ke?

Aku bingkas bangun. Tak boleh jadi ni. Aku mundar-mandir di dalam bilik. Kalau boleh aku tak mahu kenangkan lagi peristiwa lalu. Sangat menyakitkan hati dan memalukan diri sendiri. Walaupun sekarang dah dicanang negara makin maju, tapi bila bab perigi mencari timba masih relevan bagiku!

Tak mungkin telingaku salah mendengar dan mentafsir getaran suara yang saban malam aku dengar selama 6 bulan walaupun perkara itu berlaku lima tahun yang lalu. Atau akukah yang hanya bermimpi di siang hari?

Aku keluar dari bilik lalu pintu bilik Rin aku ketuk. Terdengar suara Rin ketawa terbahak-bahak dari dalam. Rin buka pintu biliknya yang terkunci.

            “Kau gelak pagi-pagi buta ni kenapa?” tanyaku sambil melangkah masuk.

“Aku bosan. Buka laptop, layan Running Man sekejap. Kenapa kau tak tidur lagi? Tadi kata dah mengantuk?” Rin tekan butang play di laptopnya.

“Tadi memang rasa mengantuk. Mata aku yang tak nak pejam.”

“Kenapa?”

Aku jungkit bahu. Tak sampai hati nak kacau Rin yang nampaknya dalam mood melayan Running Man. Aku yang sedang bersandar di dinding kini menumpang baring di sebelah Rin; meniarap bersama. Aku buat keputusan untuk sama-sama bergelak sakan dengan Rin melayan Running Man.

Pasal suara yang menghantuiku sejak dari tadi aku lupakan seketika. Esok-esok kalau teringat, baru aku cerita pada Rin.

***

1 comment:

naga-mark said...

trimakasih infonya,,
sangat bermanfaat sekali,,
mantap,,,